Sumbangan derma ceriakan anak yatim



​​


Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama





 

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 28 Mac. - Seramai 11 orang daripada kalangan anak yatim dari Kampung Burong Pingai Ayer hari ini menerima sumbangan derma pada Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Derma Anak Yatim.

 

Acara berlangsung di Masjid PDI Haji Abdul Mokti, Kampung Burong Pingai Ayer.

 

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyempurnakan penyampaian sumbangan derma berkenaan ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

 

Terdahulu sebelum penyampaian derma disempurnakan acara Majlis Khatam Al-Quran telah berlangsung.

 

Sebelum berbuka puasa majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

 

Majlis bertujuan semata-mata bagi meraih keredaan Allah Subhanahu Wata'ala lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia dengan pahala yang berlipat ganda.

 

Selain itu, ia juga bagi meringankan beban dan memudahkan urusan serta menggembirakan anak-anak yatim pada bulan Ramadan Al-Mubarak lebih-lebih lagi ketika menjelangnya Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

 

Close